Kamus Fizik : Nanoteknologi



Pendahuluan

Penyusunan Kamus Fizik: Nanoteknologi bukanlah suatu tugasan yang mudah kerana memerlukan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ilmu tersebut. Dalam Konteks perancangan bahasa, dan dalam usaha meningkatkan bahasa kita menjadi kita menjadi bahasa ilmu, penerbitan kamus istilah di samping daftar istilah amat dirasakan keperluannya. Sumbangan kami dalam kegiatan ini adalah dengan menyediakan takrif untuk sejumlah istilah fizik, khususnya nanoteknologi yang telah digubal oleh Jawatankuasa Istilah Fizik: Nanoteknologi.

Kamus Fizik: Nanoteknologi ini mengandungi 461 entri beserta dengan huraian yagn telah disusun dan disediakan oleh pakar yang mahir sera arif dalam bidang yang berkenaan. Pemilihan entri dalam kampus ini berdasarkan keperluan para pelajar institusi pengajian tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang fizik serta pengguna lain yang terlibat dalam bidang ini. Kerja-kerja penyusunan kamus ini telah dijalankan dalam sesi begkel yang diadakan dari semasa ke semasa, kunjungan dan perbincangan bersama-sama pakar bidang di instusi pengajian tinggi, serta melalui perbincangan secara maya. Bidang nano teknologi merupakan antara bidang yang termaju dan sudah terbukti memberikan manfaat kepada manusia, terutama dalam bidang perubatan, eletronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi.

Akhir kata, diharapkan penerbitan kamus ini akan dapat memberikan fokus dan pendedahan serta kefahaman kepada masyarakat tentang bidang nanoteknologi yang akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, kamus ini mungkin sahaja terdapat kekurangannya dan memerlukan penambahbaikan sama ada dlam aspek istilah, huraian, dan ilustrasi. Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan saranan agar kelemahan dan kekurangan ini dapat diatasi, demi mempertingkatkan dan memartabatkan ilmu dalam bidang fizik subbidang nanoteknologi khususnya dalam bahasa kebangsaan.

Hajah Asmiah binti Haji Ajamain
Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi


Pedoman Penggunaan Kamus Fizik: Nanoteknologi


A.Entri

1. Entri ialah istilah bahasa Melayu yang konsepnya ditakrifkan dalam buku ini. Entri disusun menurut abjad Rumi.


2. Semua entri dalam kamus ini diberikan dalam bahasa Melayu dan padanannya dalam bahasa Inggeris. Padanan ini diletakkan dalam tanda kurung dengan menggunakan huruf condong:

afiniti elektron (lg. electron affinity)

peranti molekul (lg. molecular device)

tip kantilever (lg. cantilever tip)


3. Jika terdapat istilah yang bersinonim, takrifnya diberikan pada isilah yang diutamakan penggunaannya. Bagi istilah yang tidak diutamakan, istilah itu diletakkan pada akhir takrif tersebut. Istilah tersebut juga akan dimuatkan sebagai entri tersendiri, tetai dirujuksilang pada istilah yang diutamakan:

anion (lg. anion)

Atom atau kumpulan atom yang membawa cas negatif. Cas ini terhasil daripada lebihan bilangan ekektrin berbanding dengan proton dalam anion. Anion terbentuk daripada bahan bukan logam melalui proses penurunan asid nuetral atau sebatian berkutub melalui pengionan. Contohnya, C1-, SO42-, dan CH3, COO. Sinonim bahan beraion.

bahan beraion (lg. aionic)

Lihat anion.


4. Istilah-istilah yang ditakrifkan dalam kampus ini, sama ada yang berbentuk kata dasarm kata terbitan, kata majmuk atau frasa, semuanya dimasukan sebagau entri tersendiri:

adenina (lg. adenine)

bioketersediaan (lg. bioavailability)

Kaedah Merrifield (lg. Merrifield method)




PENYUMBANG

Pakar Bidang
Prof. Emeritus Dato'Dr. Haji Muhammad Bin Yahaya
(UKM)
Prof. Dr. Haji Muhammad Bin Mat Salleh
(UKM)
Prof. Dr. Haji Kaida
Bin Khalid
(UPM)
Prof. Dr. Abdul Halim Bin Shaari
(UPM)
Dr. Syed Yusainee Bin Syed Yahya
(UiTM)
Ketua Editor
Hajah Asmiah Binti Haji Ajamain
Editor
Syahidah Rasyiqah Binti Abd Rashid
Siti Afifah Binti
Samsuddin
Putri Aishah Binti Megat Ahmad
Nawal Hanim Binti Lope Zainal Abidin

Perunding Portal