Penyusunan Kamus Fizik: Nanoteknologi bukanlah suatu tugasan yang mudah kerana memerlukan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ilmu tersebut. Dalam Konteks perancangan bahasa, dan dalam usaha meningkatkan bahasa kita menjadi kita menjadi bahasa ilmu, penerbitan kamus istilah di samping daftar istilah amat dirasakan keperluannya. Sumbangan kami dalam kegiatan ini adalah dengan menyediakan takrif untuk sejumlah istilah fizik, khususnya nanoteknologi yang telah digubal oleh Jawatankuasa Istilah Fizik: Nanoteknologi.
Kamus Fizik: Nanoteknologi ini mengandungi 461 entri beserta dengan huraian yagn telah disusun dan disediakan oleh pakar yang mahir sera arif dalam bidang yang berkenaan. Pemilihan entri dalam kampus ini berdasarkan keperluan para pelajar institusi pengajian tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang fizik serta pengguna lain yang terlibat dalam bidang ini. Kerja-kerja penyusunan kamus ini telah dijalankan dalam sesi begkel yang diadakan dari semasa ke semasa, kunjungan dan perbincangan bersama-sama pakar bidang di instusi pengajian tinggi, serta melalui perbincangan secara maya. Bidang nano teknologi merupakan antara bidang yang termaju dan sudah terbukti memberikan manfaat kepada manusia, terutama dalam bidang perubatan, eletronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi.
Akhir kata, diharapkan penerbitan kamus ini akan dapat memberikan fokus dan pendedahan serta kefahaman kepada masyarakat tentang bidang nanoteknologi yang akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, kamus ini mungkin sahaja terdapat kekurangannya dan memerlukan penambahbaikan sama ada dlam aspek istilah, huraian, dan ilustrasi. Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan saranan agar kelemahan dan kekurangan ini dapat diatasi, demi mempertingkatkan dan memartabatkan ilmu dalam bidang fizik subbidang nanoteknologi khususnya dalam bahasa kebangsaan.
Hajah Asmiah binti Haji AjamainKetua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi
1. Entri ialah istilah bahasa Melayu yang konsepnya ditakrifkan dalam buku ini. Entri disusun menurut abjad Rumi.
2. Semua entri dalam kamus ini diberikan dalam bahasa Melayu dan padanannya dalam bahasa Inggeris. Padanan ini diletakkan dalam tanda kurung dengan menggunakan huruf condong:
afiniti elektron (lg. electron affinity)
peranti molekul (lg. molecular device)
tip kantilever (lg. cantilever tip)
3. Jika terdapat istilah yang bersinonim, takrifnya diberikan pada isilah yang diutamakan penggunaannya. Bagi istilah yang tidak diutamakan, istilah itu diletakkan pada akhir takrif tersebut. Istilah tersebut juga akan dimuatkan sebagai entri tersendiri, tetai dirujuksilang pada istilah yang diutamakan:
anion (lg. anion)
Atom atau kumpulan atom yang membawa cas negatif. Cas ini terhasil daripada lebihan bilangan ekektrin berbanding dengan proton dalam anion. Anion terbentuk daripada bahan bukan logam melalui proses penurunan asid nuetral atau sebatian berkutub melalui pengionan. Contohnya, C1-, SO42-, dan CH3, COO. Sinonim bahan beraion.
bahan beraion (lg. aionic)
Lihat anion.
4. Istilah-istilah yang ditakrifkan dalam kampus ini, sama ada yang berbentuk kata dasarm kata terbitan, kata majmuk atau frasa, semuanya dimasukan sebagau entri tersendiri:
adenina (lg. adenine)
bioketersediaan (lg. bioavailability)
Kaedah Merrifield (lg. Merrifield method)
1. Semua takrif diberikan selepas padanan bahasa asing dengan menggunakan huruf biasa.
analit (lg. analyte)
Bahan analisis yang terdiri daripada larutan atau gas yang kewujudan dan kepekatannya dapat dikesan. Contohnya, gas toksik karbon monoksida dikesan oleh suatu sesor gas.
1. Sinonim
Istilah sinonim yang dimuatkan pada akhir takrif sesuatu entri:
kaedah ab initio (lg. ab ainitio method)
Kaedah teori untuk mendapatkan struktur molekul menggunakan hanya persamaan Schrödinger, nilai pemalar asa atom dan nombor atom berkaitan. Terdapat beberapa kaedah, seperti kaedah Hartree-Fock yang menggunakan fungsi gelombang orbit molekul sebagai asas. Sinonim kaedah prinsip pertama.
2. Lihat
Bagi istilah yang mempunyai takrif yang sama, istilah yang lebih diutamakan akan diberikan takrif, dan sinonimnya dirujuksilangkan kepada entri yang bertakrif dengan menggunakan label Lihat.
gravimeter (lg. gravimeter)
Lihat akselerometer.
3. Lihat juga
Bagi istilah yang mempunyai takrif yang berkait rapat dengan konsep sesuatu istilah yang lain, maka label Lihat juga digunakan sebagai tanda rujuk silang:
alat penduga pengimbas (lg. scanning probe instrument)
Peranti yang menggunakan penduga halus untuk mengimej sifat fizik suatu permukaan seperti topografi, sifat elektrik, magnet dan tema, secara mengimbas permukaan sampel baris demi baris. Sifat fizik tersebut ditentukan hasil saling tindakan penduga dan bahan. Alat ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer dan dapat digunakan juga untuk melakukan litografi, memindahkandan menyusun nanozarah dan nanotiub. Contoh alat ini ialah mikroskop daya penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM) Lihat juga mikroskopi penduga imbasan, litografi penduga imbasan.
4. Banding
Bagi istilah yang mendukung konsep berlawanan dengan sesuatu istilah yang lain, label banding digunakan sebagai tanda rujuk silang.
garis anti-Stokes (lg. anti-Stokes line)
Garis spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis anti-Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinaran yang menguja. Peningkatan tenaga sinaran ini adalah berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur secara langsung tenaga getaran molekul tersebut. Banding garis Stokes.
garis Stokes (lg. Stokes line)
Garis spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada sinaran yang menguja. Pengurangan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur secara langsung tenaga getaran molekul tersebut. Banding garis anti-Stokes.
1. Huruf Tebal
Huruf tebal digunakan untuk menandai semua entri.
2. Huruf Condong
a) Padanan istilah dalam bahasa asing pada entri.
b) Singkatan seperti lg. dan sebagainya.
c) Rujuk silang, seperti Sinonim, Lihat, Lihat juga dan Banding.
3. Tanda Kurung
Tanda kurung digunakan untuk menandai perkara yang berikut:
Padanan bahasa Inggeris pada entri.
fonon optik (lg. optical phonon)
asid nukleik (lg. nucleic acid)
4. Tanda Kurung Siku
Tanda kurung siku digunakan untuk menandai keseluruhan padanan yang mempunyai singkatan pada entri:
adenosina trifosfat(ATP) [lg. adenosine triphosphate (ATP)]
asid deoksiribonukleik (DNA) [lg. deoxyribonucleic acid (DNA)]
1. Singkatan khusus yang digunakan dalam kamus ini adalah seperti yang berikut:
lg. - Inggeris
2. Singkatan/simbol yang sudah lazim digunakan dalam sesuatu bidang ilmu dibekalkan.
NH3- ammonia
nm - nanometer
μm - mikrometer
Perunding Portal